Pingat Ditarik, Atlet Kantoi Naik Kereta Masa Tengah Lumba Marathon

Joasia Zakrzewski, pelari wanita ultramarathon dari Australia, telah ditarik medal dan trofi gangsa beliau yang dimenangi dalam pertandingan larian 80-kilometer baru-baru ini apabila penganjur mengetahui bahawa beliau menggunakan kereta untuk sebahagian daripada larian.

pingat ditarik, atlet kantoi naik kereta masa tengah lumba marathon

Beliau yang berusia 47 tahun menduduki tempat ketiga dalam pertandingan 2023 GB Ultras 80 km dari Manchester ke Liverpool pada 7 April lalu.

 

Beliau juga dilihat berposing dengan medal dan trofi beliau selepas melintasi garisan penamat, walaupun dia sudah mengetahui bahawa beliau telah melanggar peraturan pertandingan.

pingat ditarik, atlet kantoi naik kereta masa tengah lumba marathon

Selepas menganalisis data GPX, penganjur pertandingan menyimpulkan bahawa Zakrzewski telah mencapai kelajuan 56km/j, yang menjadikan beliau lebih pantas daripada Usain Bolt. Namun, selepas menyiasat kakitangan pertandingan, saksi dan pelari itu sendiri, Joasia Zakrzewski telah dikeluarkan dan dipadamkan medalnya kerana menaiki kereta kawan semasa pertandingan.

 

Pelari asal Scotland yang berpangkalan di Australia itu memberitahu BBC Scotland bahawa masalahnya bermula setelah terbang dari Australia pada malam sebelum pertandingan. Beliau merasa sakit dan mengalami jet lag yang teruk, tetapi memutuskan untuk mengambil juga bahagian dalam ultramarathon itu. Namun selepas separuh jalan, dia mula merasakan sakit pada salah satu kaki dan memutuskan untuk berhenti dari pertandingan. Pada ketika itu, beliau menerima tawaran untuk menaiki kereta kawan ke checkpoint, untuk memberitahu kakitangan bahawa dia akan berhenti berlari.

pingat ditarik, atlet kantoi naik kereta masa tengah lumba marathon

"Apabila saya sampai ke checkpoint, saya memberitahu mereka bahawa saya akan berhenti dan saya telah menaiki kereta, tetapi mereka berkata 'Anda akan membenci diri anda sendiri jika anda berhenti'."

"Saya bersetuju untuk teruskan berlari tetapi bukan untuk bersaing. Saya pastikan saya tidak melepasi pelari di hadapan saya ketika saya melihatnya kerana saya tidak mahu mengganggu perlumbaan mereka," kata beliau.

.

Joasia Zakrzewski mengakui bahawa beliau telah membuat kesilapan besar dengan menerima medal dan trofi gangsa selepas menduduki tempat ketiga, serta tersenyum untuk gambar tanpa mengakui kesalahan yang dibuat, tetapi beliau mendakwa bahawa beliau tidak berfikir dengan jelas pada masa itu, kerana beliau letih dan tidak sihat. Atlet itu bagaimanapun telah memulangkan medal dan trofi itu dan meminta maaf kepada pelari yang tempatnya telah diambil olehnya.

 

Kontroversi penipuan Joasia telah mengejutkan ramai khasnya mereka yang bergiat aktif dalam dunia marathon. Tambah pula, Joasia pernah mencipta rekod dunia sebagai wanita yang paling jauh berlari dalam masa 48 jam. Tetapi kini dia telah menambah satu lagi rekod tetapi sebagai rekod buruk dalam resumenya sebagai pelari marathon.

 

Sumber: Oddity Central