Kini Jadi Trend Koleksi Orang Kaya, Rangka Dinosaur T-Rex Dilelong Pada RM27.5 Juta

Rangka seekor dinosaur jenis T-rex berusia 67 juta tahun telah dilelong minggu lalu pada harga AS$6.2 juta (kira-kira RM27.5 juta) kepada individu persendirian.

kini jadi trend koleksi orang kaya, rangka dinosaur t-rex dilelong pada rm27.5 juta

Rangka Tyrannosaurus rex itu dilelong oleh rumah lelongan Koller di Zurich, Switzerland dan menjadi yang pertama seumpamanya dilelong di Eropah.

 

Menurut laporan, rangka yang dinamakan sebagai 293 Trinity ini telah dibina daripada tiga T-Rex berlainan yang ditemui di beberapa tempat di Amerika Syarikat (AS). Ia mempunyai 293 tulang berasingan dan spesimen yang dikumpul dari 2008 hingga 2013.

kini jadi trend koleksi orang kaya, rangka dinosaur t-rex dilelong pada rm27.5 juta

Sebahagian besar rangka dinosaur yang dilelong itu mengandungi bahagian yang dibuat semula, namun lebih daripada separuh rangka adalah tulang dinosaur sebenar.

 

Ia juga digelar sebagai salah satu rangka T-Rex paling hebat yang pernah wujud, dengan saiz berukuran 11.6-meter panjang dan 3.9-meter tinggi.

kini jadi trend koleksi orang kaya, rangka dinosaur t-rex dilelong pada rm27.5 juta

Kini semakin menjadi trend individu persendirian mahu menyimpan rangka dinosaur sebagai simpanan peribadi, hingga menyebabkan para saintis bimbang. 

.

Ini bukan kali pertama lelongan rangka T. rex diadakan namun ia jarang berlaku. Tahun lepas rangka T. rex yang dijangka akan mencecah AS$25 juta (RM110.86 juta) dalam satu lelongan telah ditarik balik selepas wujud keraguan berkenaan bahagian rangka itu.

 

Sumber: Astro AWANI