Lelaki Baru Tahu Teman Wanita Online Dikenalinya Rupanya Isteri Kawan Baiknya Sendiri

Seorang lelaki dari negara China baru menyedari teman wanita atas talian yang dikenalinya setahun lalu rupanya adalah isteri kepada kawan baik sendiri.

lelaki baru tahu teman wanita online dikenalinya rupanya isteri kawan baiknya sendiri

Kisah bermula apabila lelaki yang dikenali sebagai Zhou, telah cuba mengumpul wang untuk memulakan kehidupan dengan menanam tembikai di Myanmar.

.

Dia telah berada di Myanmar selama bertahun-tahun, tetapi dia masih berhubung dengan kawan baiknya, Xiao Li. Li memberitahunya bahawa isterinya mempunyai seorang kawan yang masih bujang dan dia boleh berkenalan dengannya. Tapi oleh kerana Zhou masih berada di luar negara untuk menguruskan perniagaan buah-buahannya, temu janji dalam talian adalah satu-satunya pilihan yang ada. Kedua-duanya kemudian bersetuju untuk meneruskan hubungan jarak jauh mereka sehingga Zhou kembali ke China.

 

Kira-kira tiga bulan hubungan mereka dalam talian, teman wanita Zhou memberitahunya bahawa abangnya telah mengalami kemalangan dan dia memerlukan wang sebanyak 5,000 yuan untuk perbelanjaan perubatan. Memikirkan bahawa itu bukan wang yang terlalu banyak, Zhou bersetuju untuk menghantar wang kepadanya, tetapi hanya beberapa minggu kemudian, teman wanitanya itu sekali lagi meminta wang, mendakwa bahawa bapanya pula jatuh sakit. Dia akhirnya menghantarnya lebih 80,000 yuan lagi kepada teman wanitanya itu.

lelaki baru tahu teman wanita online dikenalinya rupanya isteri kawan baiknya sendiri

Awal tahun ini, Zhou memberitahu rakannya Xiao Li sejauh mana hubungannya dengan teman wanita itu dan memutuskan untuk kembali ke China untuk bertemu dengan teman wanitanya itu dan berharap berkahwin dengannya. Kawannya, Li tidak mempunyai apa-apa halangan, namun akhirnya Li mengaku semuanya itu adalah penipuannya bersama isterinya sendiri.

 

"Awak nampaknya telah ditipu, teman wanita awak ialah isteri saya!" Xiao Li berkata melalui telefon, sambil menambah bahawa isterinya telah meninggalkannya tanpa sebarang kata selepas dia menemui bukti penyamarannya pada akaun Douyin (TikTok) miliknya.

 

Pada mulanya, Zhou terperanjat dengan pendedahan itu, tetapi apabila dia cuba menghubungi teman wanita online-nya itu, panggilan sudah tidak lagi terjawab. Dia mempertimbangkan untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa, tetapi rakan baiknya merayu agar tidak berbuat sedemikian, berjanji untuk memulangkan semua wang itu sendiri, secara ansuran. Dia bersetuju untuk membenarkan rakannya menyelesaikan masalah, tetapi selepas Li gagal memulangkan keseluruhan jumlah wang yang didakwa dicuri isterinya, dia kemudian melaporkan kepada pihak berkuasa.

 

Kisah Zhou menjadi tular di China dan telah diambil oleh beberapa saluran berita utama. Sehingga berita ini ditulis, siasatan terhadap kes ini sedang dijalankan dan tidak jelas sama ada isteri Xiao Li telah ditahan atau tidak, atau sama ada dia mempunyai sebarang peranan dalam penipuan tidak berhati perut ini.

 

Sumber: Oddity Central