Seorang pemuda di China yang menderita sakit kepala selama 20 tahun terkejut apabila mengetahui bahawa dia telah hidup dengan peluru di bahagian kiri tengkoraknya.
Xiao Chen (nama samaran), seorang lelaki berusia 28 tahun dari Shenzhen, telah mengalami sakit kepala secara rawak seingatnya, namun sejak kebelakangan ini, ia menjadi semakin kerap dan teruk menurutnya.
Pada mulanya, Chen beranggapan bahawa kesakitan itu disebabkan oleh kekurangan tidur yang cukup pada hari bekerja, tetapi tidur bukanlah jawapannya, terutamanya kerana sakit kepala menyebabkan dia tidak tidur pada waktu malam.
Akhirnya, keadaan menjadi sangat teruk sehingga dia memutuskan untuk pergi ke hospital yang mana doktor menemui punca kesakitan yang agak pelik.
Semasa melakukan MRI, doktor di Hospital Besar Universiti Shenzhen menemui objek aneh yang bersarang di sebelah kiri tengkorak Xiao Chen.
Pemeriksaan lebih dekat mendedahkan objek kecil itu adalah peluru logam menyebabkan kakitangan hospital bertanya kepada pesakit jika dia mempunyai idea bagaimana ia boleh sampai ke sana.
Menariknya, Chen teringat bahawa ketika dia berusia lapan tahun, dia dan abangnya pernah bermain dengan pistol angin di rumah sehingga menyebabkan ia meletus secara tidak sengaja dan menembaknya di bahagian kepala.
Dia dan abangnya takut dimarahi oleh ibu bapa mereka, jadi mereka tidak berkata apa-apa dan luka itu ditutup dengan rambutnya, jadi ibu bapa mereka tidak dapat melihatnya.
Menurut Chen lagi, luka itu tidak terlalu menyakitkan menyebabkan dia akhirnya melupakannya.
Doktor memberitahu lelaki berusia 28 tahun itu bahawa dia bernasib baik kerana masih hidup, kerana peluru itu benar-benar dekat dengan bahagian anatomi kepala namun tidak menembus tengkorak sepenuhnya, atau mengenai otak.
Chen dijadualkan menjalani pembedahan kecemasan pada penghujung bulan lalu yang mana peluru berusia 20 tahun berukuran kira-kira 1 cm panjang dan 0.4 cm diameter itu berjaya dikeluarkan.
Sumber: [1]