Sepasang suami isteri terpaksa hidup berpindah-randah kerana si isterinya amat takut kepada lipas.
Kejadian berlaku di India selepas suami wanita tersebut sedar isterinya fobia terhadap lipas selepas mereka berkahwin pada tahun 2017. Wanita tersebut dikatakan lari bertempiaran sambil menjerit dari dapur kediaman mereka selepas melihat lipas dalam rumah mereka.
.
Akibatnya, wanita itu enggan memasuki dapur semula dan mendesak suaminya agar mereka berpindah ke rumah baharu.
.
Pertama kali pasangan itu berpindah ke rumah baharu adalah pada tahun 2018, namun ia gagal bertahan kerana fobia terhadap lipas kembali menyerang isterinya di rumah baharu mereka. Akibatnya, ia memaksa pasangan tersebut berpindah-randah sebanyak 18 kali dalam tempoh tiga tahun!
.
Si suami pernah membawa isterinya untuk berjumpa beberapa pakar psikiatri, namun ketakutan melampau wanita itu terhadap lipas tetap tidak berubah, malah dia juga enggan menjalani rawatan yang ditetapkan.
.
Lebih malang, si suami yang bekerja sebagai jurutera perisian akhirnya membuat permohonan cerai kerana tidak tahan lagi dengan kehidupan berpindah-randah mereka.
.
Wanita itu mendakwa suaminya tidak memahami masalah yang dihadapinya dan cuba untuk mengatakan bahawa keadaan mentalnya tidak stabil.
.
Sumber: Oddity Central