Seorang lelaki yang juga bintang sukan bola tampar Itali, telah ditipu gara-gara menjalinkan hubungan cinta yang tidak wujud, selama lebih 15 tahun.
Roberto Cazzaniga, 42, dikatakan menjalinkan hubungan jarak jauh selama 15 tahun dengan seorang wanita yang dikatakan supermodel bernama Maya.
Menurut laporan, Roberto diperkenalkan dengan Maya melalui telefon oleh rakan bernama Manuela. Tanpa beliau sedar, Manuela adalah dalang penipuan itu.
Maya memberikan foto supermodel Brazil yang pernah tampil dalam kempen jenama Victoria Secret, Alessandra Ambrosio bagi memperdaya lelaki itu.
Selama 15 tahun mereka menjalinkan hubungan, lelaki itu sering menghantar hadiah mewah seperti kereta Alfa Romeo Mito dan lebih 700,000 euro (RM3.4 juta) untuk perbelanjaan perubatan. Selama bertahun-tahun jugalah, mereka tidak pernah sekali pun bertemu.
Bagaimanapun, rakan Alberto menasihatkan lelaki itu untuk menyelidiki hubungan mereka dan akhirnya semuanya terbongkar.
Beliau tidak mampu melakukan apa-apa, melainkan membuat laporan kepada pihak berkuasa sebagai mangsa penipuan.
Menceritakan kembali apa yang berlaku selama 15 tahun itu, Alberto menyesal kerana percaya yang dia bercakap dengan Maya, namun sebenarnya dia bercakap dengan seorang wanita etnik Sardinia yang dikenali sebagai Valeria.
Sumber: [1]