Tak Tahan Dikongkong, Lelaki Ini Dah 14 Tahun Tinggal Di Airport

Jika anda pernah menonton filem The Terminal lakonan Tom Hanks, yang memaparkan seorang lelaki terkandas di lapangan terbang berbulan lamanya kerana pasportnya tidak sah, siapa sangka cerita itu benar-benar terjadi.

.

Seorang lelaki dari China dilaporkan telah menetap di Beijing Capital International Airport selama hampir 14 tahun kerana tidak tahan hidupnya sering dikongkong keluarganya sendiri.

tak tahan dikongkong, lelaki ini dah 14 tahun tinggal di airport

Wei Jianguo telah kehilangan pekerjaannya sejak awal usianya 40 tahun dan sejak itu mula ketagihan rokok dan alkohol. Keluarganya tidak menyukai tabiat itu dan sering mendesaknya untuk berubah dan berhenti daripada tabiat buruk terbabit. Disebabkan itu, beliau nekad untuk berpindah dan menetap di lapangan terbang Beijing.

tak tahan dikongkong, lelaki ini dah 14 tahun tinggal di airport

tak tahan dikongkong, lelaki ini dah 14 tahun tinggal di airport

“Saya tidak boleh pulang ke rumah kerana tiada kebebasan di sana. Keluarga saya memberitahu saya jika mahu terus tinggal di rumah, saya perlu berhenti merokok dan minum minuman keras.

“Jika saya tidak boleh buat perkara itu, saya perlu beri elaun kerajaan 1,000 yuan kepada mereka. Masalahnya, bagaimana saya mahu membeli rokok dan minuman keras?” kata Wei Jianguo kepada China Daily.

.

Sepanjang 14 tahun menetap di lapangan terbang itu, beliau telah menggunakan kemudahan yang disediakan untuk dia meneruskan kehidupan. Malah, pihak berkuasa juga pernah cuba menghantarnya pulang ke rumah keluarganya, namun dia nekad untuk terus tinggal di lapangan terbang itu.

tak tahan dikongkong, lelaki ini dah 14 tahun tinggal di airport

Lelaki itu yang kini menjangkau usia 60 tahun, menggunakan alat memasak elektrik bagi menyediakan makanannya di lapangan terbang itu. Ada kalanya dia membeli sahaja terus makanan dari restoran disitu.

.

Dakwanya lagi semuanya telah lengkap dan selesa untuk dia terus hidup di lapangan terbang itu, meskipun dia boleh sahaja pulang ke rumah sendiri dan menjalani kehidupan yang lebih baik.

.

Sumber: [1]