Kita mungkin biasa mendengar berita tentang rakan sekerja yang hamil dan perlu bercuti untuk bersalin. Biasanya mungkin seorang dua sahaja individu yang hamil dalam satu masa tertentu.
.
Namun lain kisahnya di hospital dekat Amerika Syarikat ini apabila 14 jururawatnya dilaporkan mengandung hampir serentak.
Semua jururawat yang berkhidmat di unit rawatan rapi neonatan (Nicu) dan bahagian perbidanan Saint Luke's East Hospital di Kansas City itu berkongsikan kisah gembira itu baru-baru ini.
.
Antara jururawat itu adalah Caitlin Hall, menjadi jururawat pertama daripada kumpulan berkenaan yang telah selamat melahirkan anak perempuan pada 3 Jun lepas.
.
"Saya fikir hanya saya seorang sahaja yang berusaha untuk hamil dan ini adalah kehamilan pertama saya, jadi saya cuba merahsiakannya sehingga usia kandungan 12 minggu.
"Bagaimanapun selepas itu orang lain mula membuat pengumuman (hamil), jadi saya juga berkongsi perkara sama.
.
"Kemudian, setiap dua minggu, orang lain pula umumkan 'saya mengandung'," katanya kepada sebuah portal.
.
Hospital itu kini sedang menunggu kelahiran 13 lagi jururawatnya yang dijangka bersalin pada pelbagai tarikh sehingga Disember depan.
.
"Kami tidak sabar untuk menanti detik ini seperti mana yang berlaku untuk setiap kelahiran di hospital ini," menurut kenyataan hospital berkenaan.
.
Sumber: [1]