14 Kali Timang Anak Lelaki, Pasangan Ini Akhirnya Sambut Kelahiran Anak Perempuan Sulung Mereka!

Setelah 14 kali menyambut kedatangan bayi lelaki dalam keluarga mereka, pasangan dari Michigan, Amerika Syarikat ini akhirnya berjaya menimang bayi perempuan mereka yang pertama.

14 kali timang anak lelaki, pasangan ini akhirnya sambut kelahiran anak perempuan sulung mereka!

Kateri dan Jay Schwandt, kedua-duanya berusia 45 tahun, pertama kali menimang anak sulung mereka iaitu Tyler.

Kemudian mereka mempunyai 13 lagi anak lelaki iaitu Zach, Drew, Brandon, Tommy, Vinny, Calvan, Gabe, Wesley, Charlie, Luke, Tucker, Francisco dan Finley sehinggalah anak bongsu mereka, Maggie Jayne dilahirkan baru-baru ini.

Keluarga tersebut yang sering dipaparkan dalam berita tempatan dan nasional setiap kali mereka menyambut kedatangan ahli baru dalam keluarga mereka, tidak menolak kemungkinan bahawa mereka perlu menyesuaikan diri dengan adanya puteri kecil itu.

“Ibu bapa saya akhirnya diberkati dengan gadis kecil yang tidak pernah mereka sangka akan ada. Sudah lebih kurang 12 jam sejak ayah memberitahu tahu mengenai perkhabaran itu, dan saya masih cuba untuk mempercayainya,” kata anak sulung pasangan itu, Tyler Schwandt, 28.

“Saya tidak tahu sama ada ibu saya memiliki pakaian berwarna merah jambu atau apa-apa,” tambahnya.

14 kali timang anak lelaki, pasangan ini akhirnya sambut kelahiran anak perempuan sulung mereka!

Tyler juga mengatakan bahawa dia tidak menyangka ibu bapanya sudah bersedia dengan kehadiran cahaya mata perempuan memandangkan ia selalunya bayi lelaki yang disambut mereka selama ini.

Lanjutnya, rumah keluarga mereka telah lama dipenuhi anak lelaki sekaligus memerlukan mereka untuk membiasakan diri dengan adanya adik perempuan pertama bermula dari saat ia dilahirkan.

Nama Maggie, yang diberikan kepada adik perempuannya itu dikatakan berasal daripada nama tengah ibunya iaitu Margaret, sementara Jayne pula diinspirasikan daripada nama ayah mereka iaitu Jay.

Kongsiny lagi, sejak beberapa tahun kebelakang ini, setiap kali ibunya bakal melahirkan cahaya mata baru, pastinya terdapat organisasi berita yang akan bertanya sekiranya ia merupakan anak lelaki atau anak perempuan.

Luah Jay yang telah lama menanti-nantikan saat itu, “Tahun ini telah menjadi tahun yang penuh dengan memori kerana pelbagai perkara, tetapi Maggie adalah hadiah terbayang yang dapat kami bayangkan.”

Pasangan tersebut mula bercinta sejak zaman sekolah dan mengikat tali perkahwinan pada 1993 sebelum menghadiri kuliah di Ferris State University bersama.

Mereka kemudian mempunyai tiga orang anak lelaki sebelum menamatkan pengajian.

Walaupun telah berkeluarga, situasi tersebut sedikit pun tidak membantutkan mereka daripada terus menimba ilmu di peringkat institusi.

Kateri memperoleh ijazah sarjana dalam bidang kerja sosial dari Grand Valley State University sementara Jay pula yang memiliki kerjaya sebagai juruukur tanah memiliki ijazah undang-undang dari Thomas Cooley.

 

Sumber: [1]