Gigih Betul, Lelaki Ini 11 Tahun Kumpul Habuk Pemadam

Ramai yang mungkin ada hobi tersendiri di masa lapang seperti membaca buku, bercucuk tanam atau mungkin meluangkan masa dengan bermain permainan video.

 
Namun berbeza dengan remaja lelaki dari China ini kerana selama 11 tahun, beliau mempunyai hobi mengumpulkan habuk pemadam yang kini mempunyai saiz berbentul seperti bola besbol!

gigih betul, lelaki ini 11 tahun kumpul habuk pemadam
 
Gaung Ying kini berusia 18 tahun mula mengumpul habuk pemadam ketika masih bersekolah di tahun lima dan sejak dari itu beliau tidak pernah berhenti mengumpul habuk pemadam hingga sekarang.

gigih betul, lelaki ini 11 tahun kumpul habuk pemadam

gigih betul, lelaki ini 11 tahun kumpul habuk pemadam
 
Habuk pemadam milik remaja lelaki itu kini juga mempunyai berat melebihi 1kg.

gigih betul, lelaki ini 11 tahun kumpul habuk pemadam
 
Menurut Oddity Central, Guang akan melumurkan minyak masak pada bebola habuk pemadam dan membalutnya dengan plastik supaya ia mudah untuk ditampal dengan habuk pemadam yang baru.

gigih betul, lelaki ini 11 tahun kumpul habuk pemadam
 
Kegigihan remaja itu selama bertahun dipuji dan beliau tidak berhasrat untuk berhenti daripada mengumpulkan habuk pemadam serta berharap agar tabiatnya menjadi ikutan anak-anaknya kelak.

 
Sumber: Oddity Central