Lepas Mira Filzah dan Hannah Delisha, Ramai Lelaki Frust Bila Elizabeth Tan Kahwin

Beberapa hari lalu, pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan, 28 mengesahkan beliau sudahpun berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, membuatkan ramai peminat lelaki ‘patah hati’.

lepas mira filzah dan hannah delisha, ramai lelaki frust bila elizabeth tan kahwin

Mana tidaknya, ada antara peminat yang ‘kecewa’ kerana pernah ‘kehilangan’ pelakon, Mira Filzah dan juga Hannah Delisha sebelum ini dan kini terpaksa menerima hakikat Elizabeth Tan juga sudahpun berkahwin.

lepas mira filzah dan hannah delisha, ramai lelaki frust bila elizabeth tan kahwin

Menjengah ke laman sosial selebriti yang mesra dengan nama panggilan Lizzy, rata-rata komen datangnya daripada peminat lelaki yang ‘frust’.

 

"Semoga berbahagia sayang, saya mendoakan yang terbaik buat awak. Terima kasih kerana pernah membahagiakan ribuan lelaki di media sosial," tulis seorang warganet.

"Tak tahulah kenapa aku rasa nak sedih-sedih sangat. Dulu, masa solo taknak pula 'try' betul-betul," tulis seorang lagi pengguna Instagram.

lepas mira filzah dan hannah delisha, ramai lelaki frust bila elizabeth tan kahwin

Meskipun mengaku sudah berkahwin, Lizzy mendakwa dirinya masih Elizabeth Tan yang dahulu dan tidak pun berubah.

 

“Kahwin ke tak, Lizzy tetap sama je hehe 😜”, tulis penyanyi itu di Instagram.

 

 

 

Sumber: Instagram Elizabeth Tan