Terlalu Khusyuk Mengajar, Pensyarah Tak Sedar Rupanya Syok Sendiri

Seorang pensyarah Matematik di sebuah universiti di Singapura tidak sedar beliau telah ‘syok sendiri’ selama dua jam mengajar kerana tidak membuka mikrofon pada komputernya.

terlalu khusyuk mengajar, pensyarah tak sedar rupanya syok sendiri

Memetik laporan dari Daily Mail, Prof Dong Wang terlalu khusyuk mengajar menerusi aplikasi Zoom dan tidak sedar selama itu jugalah beliau dalam mod ‘bisu’.

 

Para pelajarnya telah cuba memaklumkan pensyarah berkenaan termasuk cuba menghubungi telefon bimbitnya, tetapi tidak berjaya.

terlalu khusyuk mengajar, pensyarah tak sedar rupanya syok sendiri

Prof Wang hanya sedar situasi memalukan itu apabila dia bertanya kepada pelajar adalah mereka mempunyai sebarang soalan berkenaan topik yang diajar apabila tamat sesi pembelajaran selama hampir 2 jam.

 

“Tuan, kami tidak mendengar apa yang tuan ajar selama dua jam lepas kerana mikrofon komputer diletak dalam mod ‘bisu’,” kata salah seorang pelajarnya.

 

Prof Wang yang terkejut mendengar perkara itu lantas meminta maaf kepada pelajarnya dan akan lebih berhati-hati untuk kelasnya selepas ini.

 

Menariknya, 20 orang pelajarnya tidak pula meninggalkan kelas selama dua jam Prof Wang mengajar dalam keadaan bisu, dan kekal mengikuti kelas berkenaan dengan penuh kesabaran.

 

Sumber: Daily Mail