Kucing Kacau Juruterbang, Pesawat Terpaksa Mendarat Cemas!

Sebuah pesawat penumpang di Sudan yang dalam penerbangan ke Doha, Qatar terpaksa melakukan pendaratan cemas gara-gara seekor kucing.

kucing kacau juruterbang, pesawat terpaksa mendarat cemas! 
Semuanya bermula apabila kucing itu telah 'menceroboh' ruangan kokpit pesawat dan dilaporkan 'mengganggu' juruterbang.


 
Pesawat Tarco Aviation itu berlepas dari lapangan terbang di bandar ini sebelum insiden mencemaskan itu berlaku kira-kira 30 minit kemudian, lapor Al Sudani.

kucing kacau juruterbang, pesawat terpaksa mendarat cemas!
 
Hasil siasatan mendapati kucing itu telah memanjat dan masuk ke dalam pesawat walaupun pemeriksaan lanjut sebelum berlepas tidak pula menemui kelibat haiwan itu.
 
Lebih menjadi misteri, pihak berkuasa juga tidak tahu kucing itu adalah milik siapa dan dari mana ia datang.

 
Untuk rekod, kejadian kekecohan melibatkan kucing dalam pesawat pernah terjadi pada 2012 apabila seekor kucing terlepas dari sangkarnya di bahagian kabin pesawat di Kanada hingga menyebabkan penerbangan terpaksa ditangguhkan selama empat jam.
 
Pada 2015 pula, kru kabin penerbangan di Amerika Syarikat terpaksa menangkap seekor kucing selepas haiwan itu terlepas dari kurungan ketika penerbangan.

 
Sumber: Fox News