Stress Bila Tengok Orang Putih Ini Gagal Bila Masak Nasi

Nasi merupakan makanan yang berasal dari beras yang direbus dan ditanak. Ia menjadi makanan ruji kepada 3.5 bilion orang dari seluruh dunia, terutamanya di Asia, Amerika Latin dan sebahagian dari negara di Afrika.

 

Meskipun proses memasak nasi mungkin kedengaran mudah pada sesetengah orang, ia sebenarnya susah apabila dimasak dengan cara manual dari atas dapur.

 

Itu yang terjadi kepada seorang gadis ini apabila beliau menunjukkan proses memasak nasi olehnya yang gagal.

stress bila tengok orang putih ini gagal bila masak nasi

Dalam video asalnya di TikTok, gadis itu pada mulanya menuangkan beras ke dalam periuk dan memasukkan air, dan selepas memasaknya menggunakan api yang tinggi, nasinya mentah dan hangit kerana tidak cukup air.

stress bila tengok orang putih ini gagal bila masak nasi

Gadis itu kemudian mencuba lagi memasak beras tetapi kali ini dia membanyakkan air di dalam periuk, sehingga nasinya melimpah ketika dimasak. Akhirnya nasinya menjadi bubur dan gadis itu dilihat cuba mengeringkan nasi yang lembik itu di atas tisu.

stress bila tengok orang putih ini gagal bila masak nasi

 

 

Perkongsian video itu nyata mengundang rasa ‘stress’ ramai sambil mengkritik cara gadis itu memasak nasi.

 

Sumber: Twitter / TikTok