Nasib Malang, GPS Bawa Lelaki Masuk Sungai

Seorang lelaki berhadapan dengan nasib malang apabila kereta dipandunya hilang arah hingga termasuk ke dalam sungai.

nasib malang, gps bawa lelaki masuk sungai

Kejadian berlaku di Andra Pradesh, India selepas mangsa memandu berpandukan arah navigasi Google Maps.

Lelaki itu dikatakan menggunakan aplikasi itu bagi mencari ‘short cut’ untuk cepat tiba ke destinasi yang dituju.

Beliau yang memandu menggunakan arah yang diberi aplikasi berkenaan tanpa ragu-ragu dan yakin ia dapat membawanya tiba ke destinasi dengan pantas. Malangnya, lelaki itu tersesat hingga membawanya ke dalam sungai. Mujur beliau selamat daripada insiden berkenaan.

Kisah lelaki itu nyata mencuit hati orang ramai yang juga berkongsi pengalaman serupa apabila berhadapan dengan masalah arah dan GPS.

Sumber: Gaadiwadi.com