Kembar Kahwin Dengan Kembar Akui Selalu Tersilap Pasangan

Pasangan dua saudara kembar dari Indonesia ini telah menarik perhatian ramai selepas mereka melangsungkan perkahwinan mereka serentak di Kampung Sindanggalih, Sumedang.

kembar kahwin dengan kembar akui selalu tersilap pasangan
 
Ellwanda Julianop Hidayat, 20, bernikah dengan Rani Nurhaeni, 19, manakala adik kembarnya, Ellwindi Junianfi Hidayat bernikah dengan kembar isterinya, Rina Nurhayati.

kembar kahwin dengan kembar akui selalu tersilap pasangan
 
Menurut Ellwindi, beliau mula terpikat dengan isterinya, Rini selepas abang kembarnya bercinta dengan Rani. Dari situ, beliau mulai mendekati isterinya dan menjalin hubungan serius dengannya.

kembar kahwin dengan kembar akui selalu tersilap pasangan
 
Ellwindi juga mengakui mereka sering tertukar pasangan dan juga tersilap memanggil nama ketika masih bercinta.

kembar kahwin dengan kembar akui selalu tersilap pasangan
 
Menurut bapa mereka, Nopi Hidayat, 50, mereka sekeluarga tidak pernah menyangka dua beradik itu turut mendapat jodoh kembar.
 
"Pada mulanya saya menyangka mereka bercinta dengan wanita sama, namun selepas diajak bertemu barulah saya tahu mereka juga saudara kembar seperti anak lelaki saya.
"Melihat keempat-empatnya suka sama suka, kedua-dua pihak pun bersetuju dan merestui pernikahan mereka," katanya.
 
Sumber: Tribunews