Gaji Cecah RM1,500 Untuk Upah Jaga Buaya, Sanggup Ke?

Adakah anda berani dan tidak gentar berhadapan dengan reptilia ini?

gaji cecah rm1,500 untuk upah jaga buaya, sanggup ke?

Jika YA, anda mungkin sesuai untuk  menjawat jawatan kosong yang diiklankan oleh seorang pelakon dan pelawak Indonesia, Denny Cagur, yang sanggup membelanjakan 5 juta Rupiah (kira-kira RM1,429.72) sebagai upah menjaga buaya perliharaannya.

gaji cecah rm1,500 untuk upah jaga buaya, sanggup ke?

Lelaki berusia 43 tahun itu juga ada memelihara 40 ekor kura-kura, 8 kucing, 7 ular, ikan dan burung.

 

“Saya ada haiwan peliharaan baharu. Kalau ada mahu menjaganya, saya akan beri gaji istimewa tambahan daripada gaji bulanan yang biasa diberikan,” katanya dalam satu rakaman video yang dimuat naik isterinya di laman YouTube.

 

Pekerja yang pada mulanya teruja mendengar tambahan gaji 5 juta Rupiah, kemudian menjerit ketakutan apabila Denny mengeluarkan seekor buaya tembaga daripada kurungan.

gaji cecah rm1,500 untuk upah jaga buaya, sanggup ke?

Bagaimanapun selepas dimarahi isterinya, Denny memberitahu beliau tidak mahu memelihara reptilia itu dan hanya menyewanya untuk mengusik pekerja.

 

Meskipun ia mungkin sekadar gurauan, ada tak yang sanggup menerima tugasan ini?

 

Sumber: Youtube / Kosmo!