Ibu Terkejut Lihat Anak Bersihkan Tandas Guna Berus Giginya

Seorang ibu terkejut selepas melihat anaknya sedang membersihkan tandas di rumah dengan menggunakan berus gigi miliknya.

ibu terkejut lihat anak bersihkan tandas guna berus giginya

Kejadian berlaku di United Kingdom (UK) selepas ibu terbabit melihat anaknya sedang kerajinan mencuci tandas di rumah.

 

Tanpa disedari, anaknya yang berusia dua tahun itu dilihat mencuci tandas dengan menggunakan berus gigi miliknya, membuatkan si ibu tertanya-tanya adakah selama ini anaknya sering melakukan sedemikian juga.

ibu terkejut lihat anak bersihkan tandas guna berus giginya

Video yang dikongsikan oleh ibu ini di Facebook meraih ribuan tontonan, dengan pelbagai reaksi berbeza daripada warganet.

 

“Anak saya sedang mencuci tandas guna berus gigi saya”, tulis ibu ini pada kapsyen.

 

Menjengah ke ruangan komen, ramai ibu dan bapa yang pernah melalui situasi serupa dan terhibur dengan aksi si anak ini.

 

Sumber: Facebook Family Lowdown Tips & Ideas