‘Gadis Rider Cun’ Ini Rupanya Lelaki 50 Tahun Yang Suka Edit Gambar Guna FaceApp!

Siapa sangka seorang ‘gadis rider yang cantik dari Jepun, dengan pengikut yang cukup ramai di laman sosial, rupanya adalah seorang lelaki yang sudahpun berusia 50 tahun yang gemar menggunakan aplikasi penyuntingan foto?

‘gadis rider cun’ ini rupanya lelaki 50 tahun yang suka guna apps edit gambar

Lelaki bernama Zonggu itu berkata, beliau gemar untuk menggunakan aplikasi seperti FaceApp untuk menjadikan dirinya kelihatan seperti wanita cantik yang lebih muda kerana dia percaya tidak ada yang ingin melihat dirinya sebenar yang sudah tua.

‘gadis rider cun’ ini rupanya lelaki 50 tahun yang suka guna apps edit gambar

Namun, tipu muslihatnya ini disedari oleh pengguna media sosial yang terlihat lengan ‘gadis rider’ kelihatan sangat maskulin pada salah satu foto yang disiarkannya.

 

Ia sekaligus menyebabkan stesen televisyen memulakan pencarian ‘gadis rider’ itu sehinggalah tembelang sebenar diketahui.

‘gadis rider cun’ ini rupanya lelaki 50 tahun yang suka guna apps edit gambar

‘gadis rider cun’ ini rupanya lelaki 50 tahun yang suka guna apps edit gambar

Lelaki berusia 50 tahun dengan rambut panjang, menggunakan nama Twitter @azusagakuyuki memperoleh hampir 18,000 pengikut, sebelum ini sering berkongsi gambar memakai jaket kulit dengan motosikal miliknya.

‘gadis rider cun’ ini rupanya lelaki 50 tahun yang suka guna apps edit gambar

Zonggu berkata, beliau beralih ke aplikasi perubahan wajah kerana ingin mendapatkan pengikut di media sosial.

‘gadis rider cun’ ini rupanya lelaki 50 tahun yang suka guna apps edit gambar

Beliau memberitahu stesen TV bahawa beliau rasa seronok menjadi ‘selebriti’ atas talian, meskipun terpaksa menipu ramai.

 

Sumber: Daily Mail