Seekor anak harimau di sebuah zoo dekat bandar Barnaul, Siberia, kini mempunyai peminat di seluruh Rusia dek kerana bakatnya dalam nyanyian.
Menerusi video yang tular, anak harimau berusia 10 bulan itu kelihatan seolah-olah sedang menyanyi dengan suaranya yang luar biasa.
Penjaga zoo mengesahkan anak harimau yang dipanggil dengan nama Sherhan, tidak mengalami sebarang kesakitan, sebaliknya ia tanda anak harimau itu sedang menjalani ‘proses akil baligh’.
"Anak itu dalam keadaan sangat baik, tekaknya tidak sakit. Inilah suara yang dia gunakan sejak awal kelahirannya untuk mengalihkan perhatian ibunya dari semua adik beradiknya yang lain," kata penjaga zoo itu dalam satu kenyataan.
Sherhan, harimau spesis Amur, dilahirkan bersama empat ekor lagi anak harimau pada Julai 2020.
Sumber:
The New Daily