Tatkala semua orang di sekelilingnya sedang sibuk mempersiapkan dirinya untuk dikahwinkan bersama pasangan pengantin perempuan, seorang mempelai lelaki di India sibuk bekerja pada hari perkahwinannya sendiri.
Menerusi satu video Instagram yang dimuat naik @/jayraj_photo_phactory yang telah ditonton lebih dari 3 juta kali itu, jelas kelihatan suasana perkahwinan pasangan di India itu diadakan dengan meriah sekali.
Namun, yang menjadi tumpuan ialah pengantin lelaki dalam video tersebut yang kelihatan begitu sibuk bekerja walau pada hari perkahwinannya sendiri.
Coret pengguna terbabit pada video itu, “Bukan ‘work from home’. Ini ‘work from wedding’.”
Tulisnya pada ruangan kapsyen pula, “Pengantin lelaki sibuk bekerja, pengantin perempuan sibuk tergelak. Itu yang kami perasan dalam perkahwinan kali ini.”
Paling menghiburkan, sementara pengantin lelaki itu kelihatan santai sambil meneruskan kerja dalam komputer ribanya, pengantin perempuan pula dilihat tidak dapat menahan gelaknya terhadap kelakuan pasangannya itu.
Sesudah menyelesaikan tersebut, pengantin lelaki itu kemudian memberikan komputer riba miliknya kepada orang lain bagi meneruskan perkahwinannya yang ‘tertangguh’ akibat kerja terbabit.
Sumber: Instagram