Wanita Menyesal Putus Cinta Dengan Atlet New Zealand Yang Berjaya Menang Gangsa Di Sukan Olimpik

Putus cinta itu selalunya menyakitkan dan ada kalanya menyesalkan, lagi-lagi apabila anda mendapat tahu yang bekas kekasih baru anda baru sahaja lepas bergelar salah seorang pemenang pingat di Sukan Olimpik.

wanita menyesal putus cinta dengan atlet new zealand yang berjaya menang gangsa di sukan olimpik

Seorang wanita dari New Zealand, Hanna Devet, yang juga bekas kekasih kepada atlet triathlon negara tersebut, Hayden Wilde, akui dengan penuh gurau senda yang dirinya menyesal kerana putus cinta dengan lelaki itu.

Ketika keluarga dan rakan-rakan Wilde mengadakan pesta berkumpul untuk menyaksikan Wilde yang sedang bertanding acara terbabit di Sukan Olimpik Tokyo 2020, seorang wartawan menghampiri Hanna dan bertanya sekiranya dia ingin menyelitkan pesanan untuk bekas kekasihnya.

Kata Hanna, “Saya menyesal putus dengan awak!”

Bagaimanapun, wanita tersebut serta-merta menjelaskan bahawa dirinya hanyalah bergurau dan tetap bangga dengan pencapaian bekas kekasihnya itu.

“Nah, saya sangat bangga dengannya,” wanita itu menambah.

Kongsinya, mereka berdua menghadiri sekolah rendah yang sama. “Dia telah berubah menjadi begitu matang. Semua usaha keras yang jelas dia lakukan untuk sampai ke sana sangat mengagumkan,” katanya lagi.

Bagaimanapun, ternyata perasaan mereka masih saling berbalas dalam diam. Seusai dirinya dinobatkan kemenangan sebagai pemenang pingat gangsa dalam acara tersebut, Wilde sendiri mendedahkan bahawa dia merancang untuk menelefon bekas kekasihnya itu.

Kata Wilde, “Dia bangun pada awal pagi untuk menyaksikan perlumbaan.”

Baru-baru ini, menerusi acara triathlon dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020, Wilde merangkul pingat gangsa, didahului wakil dari Great Britain yang memenangi perak dan Norway di meraih emas.

Menurut abang kepada Hamish Wilde, adik lelakinya itu meraikan kemenangannya dengan melakukan larian lagi.

“Saya tidak tahu sama ada dia lebih gembira dengan 6,000 pengikut baru di Instagram, atau jika dia lebih gembira dengan pingat gangsa. Yang pasti, dia ialah seorang yang bahagia,” katanya.

 

Sumber: [1]