Song Ji Hyo Panggil Kim Jung Kook 'Kekasihku' Sampai Naik Segan!

Sejak ketiadaan Lee Kwang Soo di Running Man, Yoo Jae Suk terus-terusan menjadikan Kim Jong Kook sebagai sasaran untuk bahan gurauannya dalam program tersebut.

song ji hyo panggil kim jung kook 'kekasihku' sampai naik segan!

Menerusi episod yang bersiaran pada 22 Ogos lalu, Heo Young Ji dan Lee Young Ji muncul sebagai tetamu dalam pertempuran “Young Ji vs. Young Ji”, yang mana misi pertama mereka melibatkan ‘Morning Dance Battle’.

Sebaik Heo Young Ji, Song Ji Hyo dan Jun So Min selesai melakukan bahagian pasukan mereka dengan menari berlatar belakangkan lagu “I’m Your Girl” nyanyian kumpulan veteran K-Pop, iaitu S.E.S., Jae Suk dengan serta-mertanya mengambil peluang untuk mengusik Ji Hyo.

“Ji Hyo, Jong Kook menganggap anda kelihatan sangat comel,” kata Jae Suk.

Jong Kook kemudian membalas, “Adakah anda melihat wajah saya?”

“Apakah saya comel?” balas Ji Hyo dengan manjanya.

Tidak lama selepas itu, barisan Running Man bermain permainan yang mana mereka dikehendaki mengenakan setiap seorang dengan panggilan yang bersesuai dengan mereka.

Ji Hyo yang berkongsi pasukan dengan Jae Suk kemudian memanggil Jong Kook sebagai, “Kekasih saya,” yang mana Jong Kook jelas sekali kelihatan segan-segan.

Ada-ada je kan SpartAce couple ni?!

 

Sumber: [1]