Niat Nak ‘Tan’ Kulit, Sekali Wajah Gadis Bertukar Macam Shrek

Hasrat seorang gadis yang ingin memalsukan tan pada wajahnya bertukar menjadi ‘epic fail’ apabila dia mendapati wajahnya bertukar menjadi seolah-olah karakter Shrek.

niat nak ‘tan’ kulit, sekali wajah gadis bertukar macam shrek

Menerusi klip lucu yang dimuat naik di Tik Tok itu, mangsa kosmetik yang bernama Saskia itu mempersoalkan mengapa perkara tersebut harus terjadi pada dirinya.

Dengan pasrahnya, gadis itu berkata, “Saya rasa tan palsu saya telah luput kerana, mengapa saya berwarna hijau? Saya kelihatan seperti Shrek.”

Dalam klip tersebut, jelas kelihatan gadis itu semburan warna hijau pada bahagian wajah dan tangannya.

Dia kemudiannya memegang produk tersebut dan menunjukkannya ke kamera.

Rupa-rupanya, produk fake tanning itu dah pun luput sejak Januari lalu!

Namun, ia tidak mengambil masa yang lama hingga klip yang menimbulkan gelak ketawa dalam kalangan penonton itu untuk dibanjiri dengan banyak komen yang rata-ratanya terhibur dengan kejadian itu.

Alahai.

Barang kali, ada tak antara anda yang membaca artikel ni pernah berkongsi pengalaman yang sama seperti gadis ini?

 

Sumber: [1]