Adik Insta Famous, Kantoikan Kakak Tipu Kata Pergi Hiking

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak post kat Instagram buruk padahnya. LOL!

Seorang insta famous, Casey Sosnowski memuat naik gambarnya sedang hiking di Instagram dengan kapsyen, “Nature is the ultimate healer to all our problems, #naturelovers.”

adik insta famous, kantoikan kakak tipu kata pergi hiking

Namun tindakannya memakan diri, selepas adik perempuannya bertindak membocorkan rahsianya dengan memberitahu perkara sebenar di Twitter.

Menerusi akaun Twitter Carly Sosnowki, dia telah memuat naik gambar di sebalik aktiviti “hiking” kakaknya itu dengan kapsyen bertulis, “My sister said she was going hiking.... this is our backyard.”

adik insta famous, kantoikan kakak tipu kata pergi hiking

Dengan sepantas kilat tweet tersebut menjadi viral, sehingga kini post tersebut mendapat lebih 270,000 likes dan 41,000 retweet.

Casey bagaimanapun tidak memadam post tersebut, sebaliknya dia hanya menukar kapsyen gambar berkenaan,

“Did I go hiking? No. Is this my backyard?...... Maybe”, tulisnya.

adik insta famous, kantoikan kakak tipu kata pergi hiking

Tak tahu lah nak kesian ke, nak gelak. Hmm!