Berita mengenai pemain bola sepak Argentina, Lionel Messi meninggalkan FC Barcelona telah menimbulkan kesedihan dalam kalangan peminat sukan bola sepak di serata dunia.
Turut tidak terkecuali, seorang pemuda di Indonesia ini yang menangis sehingga terpaksa dipujuk ibunya.
Dalam klip yang berdurasi 80 saat itu, kelihatan si ibu seolah-olah sedang cuba memahami perkara yang menyebabkan anaknya sedih, yang mana pemuda itu kemudian menerangkan kepada ibunya mengenai Messi telah meninggalkan Barcelona.
Walaupun si ibu kelihatan bingung terhadap reaksi anaknya itu, namun dia tetap juga terus cuba memujuk anaknya agar tidak bersedih lagi.
“Jadi Barcelona memutuskan untuk melepaskannya. Jadi di sini, jika dia meninggalkan Barcelona, apakah dia akan mati?” tanya si ibu.
“Dia tidak akan mati. Dia ada wang. Biarkan saja, tidak apa-apa,” katanya lagi, dalam nada memujuk.
5 Ogos lalu, Barcelona mengesahkan bahawa Messi tidak lagi akan bermain dengan kelab tersebut.
Messi kemudian mengejutkan dunia apabila dia beralih menyertai kelab Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) yang turut dianggotai Neymar.
Sumber: [1]