Pelakon dan pengacara terkenal, Zulin Aziz telah mengejutkan peminat dan pengikutnya selepas berkongsi hantaran mengenai status rumah tangganya.
Dalam hantaran dibuat di Instagram beliau, Zulin memberi bayangan rumah tangganya bersama suami, Farhan Norzaini yang berusia 14 bulan seperti tidak dapat dipertahankan lagi.
“Mungkin sampai sini saja kisah kami. Tiada persefahaman. Semoga yang baik2 untuk masa akan datang. InshaAllah, masa merawat semuanya. Thank you for everything. Take care,💔” tulis Zulin.
Menerusi Instagram Story, Zulin menafikan ini adalah suatu gimik, dan meminta agar beliau diberi ruang dan waktu untuk kembali pulih.
Zulin dan Farhan selamat menjadi suami dan isteri pada 20 Februari 2022 di Masjid Negara. Perkahwinan mereka berlangsung mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan JAWI.
Sumber: Instagram