Ambil Kelas Bahasa Arab, Zul Ariffin Akan Menetap Di Makkah

Pelakon, Zul Ariffin dilaporkan akan ‘meninggalkan’ Malaysia dan berhijrah ke Makkah awal tahun 2023.

ambil kelas bahasa arab, zul ariffin akan menetap di makkah

Menurut laporan, keputusan itu diambil beliau atas urusan perniagaan yang diusahakannya.

 

Kata Zul, beliau yang akan menguruskan perniagaan berasaskan makanan dan minuman di mesin layan diri di Makkah bagaimanapun akan tetap berulang alik ke Malaysia memandangkan kerjayanya masih disini.

 

Dalam pada itu, Zul kini dalam proses mencari kediaman yang sesuai di Makkah di samping menguruskan beberapa urusan perpindahan. Katanya lagi, beliau berhasrat untuk menetap tidak jauh dari Jabal Nur dan Masjidil Haram.

 

"Sebelum ini ketika menunaikan umrah, saya pernah bercakap kepada diri sendiri, pagi-pagi kalau naik atas Jabal Nur dapat joging pun seronok.

"Rezeki saya dapat mencari rumah dengan harga berpatutan di kawasan itu dan lebih kurang lima kilometer saja dari Masjidil Haram," katanya.

ambil kelas bahasa arab, zul ariffin akan menetap di makkah

Meskipun terikat dengan urusan perniagaan, Zul sama sekali tidak akan meninggalkan dunia lakonan memandangkan industri itu kini sedang kembali meningkat semula.

 

Selain itu, Zul turut mengikuti kelas Bahasa Arab bagi memudahkan urusan komunikasi sepanjang berada di sana nanti.

 

Sumber: HMetro