"Setakat Ini Tak Pernah Lagi Terdetik Nak Buka Tudung,” – Zizi Kirana

Penyanyi, Zizi Kirana meluahkan rasa syukur kerana hatinya tidak pernah sedikit pun terdetik untuk kembali membuka tudung, sejak tampil menutup aurat dua tahun lalu.

tak sangka diri tengah hamil, zizi kirana dedah alami keguguran

Menurut Zizi, beliau sentiasa ingatkan dirinya mengenai niatnya untuk berhijab sebelummini dan bersyukur perjalanannya untuk kekal bertudung dipermudahkan.

 

"Setakat ini tidak pernah lagi terdetik nak buka tudung. Suami pun selalu ingatkan saya dan kami sama-sama dekatkan diri dengan agama.

"Saya sentiasa ingat niat awal saya bertudung dulu. Benar ada ketika kita lalai dan sebab itu saya selalu ingat apa yang membuatkan saya terdetik untuk berhijrah.

"Kisah dulu semua sudah berlalu tapi saya jadikan setiap perjalanan itu sebagai pengajaran. Itu juga satu proses Allah telah aturkan untuk saya menjadi Zizi Kirana seperti hari ini," katanya.

 

Ujar Zizi lagi, sebagai manusia beliau sentiasa mahu berusaha menjadi lebih baik dengan persekitaran positif, supaya dirinya kekal istiqamah.

setakat ini tak pernah lagi terdetik nak buka tudung,” – zizi kirana

"Saya selalu ditanya soalan bagaimana nak kekal istiqamah dalam bertudung ketika diundang untuk beberapa program, tetapi soalan itu susah saya nak jawab.

"Cuma saya sentiasa dapatkan tunjuk ajar ustazah dan mereka kata pilih rakan-rakan yang betul. Cari orang sekeliling yang sama-sama mahu menuju jalan kebaikan tapi ingat itu bukan bermakna kita membuang kawan-kawan lama.

"Persekitaran kita memainkan peranan untuk terus kekal. Sebenarnya takut juga andai saya tidak istiqamah," katanya.

 

Baca: Tak Sangka Diri Tengah Hamil, Zizi Kirana Dedah Alami Keguguran

 

Sumber: HMetro