Zizi Kirana Kini Nyanyi Rap Sambil Duduk, Mahu Jaga Batas Pergerakan

 Penyanyi, Zizi Kirana akui kini lebih selesa untuk membuat persembahan dalam keadaan duduk kerana lebih sesuai dengan imejnya sebagai seorang wanita muslimah.

zizi kirana kini nyanyi rap sambil duduk, mahu jaga batas pergerakan

Menurut pemilik nama sebenar Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, ia adalah kerana beliau sendiri mahu membataskan pergerakan ketika membuat persembahan pentas.

 

“Sekarang ni saya sedang melatih diri, saya beritahu pengurus, saya nak menyanyi lagu rap tapi sambil duduk.

“Bila berdiri, kadang kala saya terbawa-bawa diri yang lama. Kita pula bawa genre hip hop. Hal ini merupakan suatu yang baharu buat saya.

“Bila difikirkan semula, rap juga merupakan sebuah muzik untuk menyampaikan cerita. Jadi saya buat macam diri ini sedang bercerita.

“Ini bukan permintaan sesiapa, tapi kesedaran diri sendiri. Saya rasa tak kena kalau sakan bergerak.

“Jadi lebih baik saya duduk dan kalau berdiri pun mungkin dalam keadaan santai,” kata Zizi kepada MH.

zizi kirana kini nyanyi rap sambil duduk, mahu jaga batas pergerakan

Tambah Zizi lagi, beliau akan terus kekal membawakan genre muzik hip hop yang sudah sebati dengan kerjayanya sebagai seorang anak seni.

 

“Saya mahu sampaikan dakwah dengan cara yang tersendiri. Ramai ustaz dan ustazah yang saya jumpa minta saya untuk tak berhenti menyanyi lagu rap.

“Kata mereka, menerusi muzik rap saya boleh berdakwah. Dulu saya pernah terfikir, perlu lagi ke saya nyanyi lagu rap ini?

“Namun segalanya berubah lepas dapat sokongan orang sekeliling dan guru-guru. Sampaikan kebaikkan ikut cara kita sendiri,” ujar beliau lagi.

 

Dalam pada itu Zizi berkata beliau mahu memberi fokus dalam menghasilkan lagu-lagu berunsur nasihat yang mengajak orang kepada kebaikkan.

 

Sumber: MH