Ziana Zain Terkejut Bila Kawan-Kawan Ucap Tahniah Dapat Gelaran Datuk

Penyanyi popular, Ziana Zain berasa geli hati apabila kenalan terdekatnya menghantar mesej mengucapkan tahniah kepadanya kerana mendapat gelaran Datuk.

ziana zain terkejut bila kawan-kawan ucap tahniah dapat gelaran datuk

Menurut Ziana, 55, buat masa ini beliau belum menerima gelaran tersebut, tetapi dipanggil nenek itu pernahlah, kata beliau.

 

Ziana bagaimanapun menambah, andai benar beliau mendapat gelaran Datuk, ia merupakan satu bonus dan pengiktirafan tertinggi yang dicapainya dalam karier.

 

"Pada saya, gelaran Datuk adalah bonus dan pengiktirafan tertinggi yang diberikan atas pencapaian diraih dalam karier. Cuma, saya terperanjat apabila bangun tidur semalam, dapat mesej daripada kawan-kawan ucap tahniah.

"Saya terus cakap pada mereka (kawan-kawan) yang mesej, tak ada dapat Datuk pun dan ketawa. Rasa geli hati sangat sebab tiba-tiba dapat ucapan tahniah dari ramai orang," katanya.

ziana zain terkejut bila kawan-kawan ucap tahniah dapat gelaran datuk

Menurut beliau lagi, kini keutamaannya adalah untuk menyara anak-anak dan keluarga sebagai ibu tunggal.

 

Ziana turut ditanya adalah beliau sudah bersedia untuk dipanggil dengan gelaran Datuk, katanya dia lebib selesa dengan panggilan biasa iaitu Kak Gee kerana itu lebih terasa dekat dengan teman-teman.

 

"Cuma kalau dapat (gelaran Datuk) saya tak tahu macam mana, sebab takut juga karakter diri berubah. Tapi, kalau dapat cukup panggil saya dengan nama yang sekarang,"' katanya.

 

Dalam perkembangan lain, Ziana Zain telah berkongsi pendapatnya menerusi Selebriti Podcast di SYOK. Dengarkan sekarang!

 

Sumber: HMetro