Ziana Zain Enggan Kahwin Lagi, “Saya Selesa Hidup Begini..”

Penyanyi, Ziana Zaina berkata beliau kini enggan berkahwin lagi kerana lebih selesa bergelar ibu tunggal dan membesarkan sendiri anak-anaknya tanpa suami.

ziana zain enggan kahwin lagi, “saya selesa hidup begini..”

Menurut pemilik nama sebenar Siti Roziana Zain, 55, beliau bersyukur dengan kehidupan sekarang disamping ibu, bapa, adik beradik dan juga anak-anaknya.

 

“Saya tak fikir (soal jodoh), tak tahu dan tak mahu ambil tahu. Saya selesa (hidup) begini.

“Kalau ada yang bertanyakan soal itu, saya jawab hanya dengan anak-anak.

“Saya selesa mungkin sebab anak-anak sudah besar. Jadi saya tak perlu fikir lagi (pasal jodoh),” katanya.

ziana zain enggan kahwin lagi, “saya selesa hidup begini..”

Dalam pada itu, Ziana juga menolak adanya mana-mana lelaki termasuk golongan kenamaan cuba mendekatinya mungkin kerana sikapnya yang garang.

 

Terdahulu, Ziana pernah mendirikan rumah tangga bersama Armin Zaharin Ahmad Zambri pada 9 Mei 1998, namun bercerai pada 12 Julai 2018.

 

Ziana juga telah dikurniakan sepasang kembar yang diberi nama Muhammad Airil dan Siti NurQaseh selepas dua lagi anaknya, Muhammad Aiman dan Muhammad Amar.

 

Sumber: Utusan Malaysia