Zarina Zainuddin Kesal Anaknya, Azal Azrai Dilabel Orang Gila

Pelakon, Zarina Zainuddin meluahkan rasa kesal apabila ada pihak yang sanggup melabelkan anaknya sebagai orang gila di dalam Wikipedia.

zarina zainuddin kesal anaknya, azal azrai dilabel orang gila

Perkara itu didedahkan Zarina menerusi Instagram apabila anaknya, Azal Azrai mengirimkan tangkap layar paparan laman Wikipedia yang menerangkan tentang informasi berbaur penghinaan terhadapnya.

zarina zainuddin kesal anaknya, azal azrai dilabel orang gila

“Ibu ada orang tulis dalam Wikipedia kata Azal gila,” ujar Azal.

 

Zarina nyata sangat kecewa dengan tindakan tidak bermoral yang mengubah maklumat pada Wikipedia, selain beliau sedang berusaha menerangkan perkara sebenar kepada anaknya itu.

 

“Azal tidak gila. Azal dan abang Azil ialah anak istimewa ibu.

“Biar orang kata apa janji Allah ada. Kalau Azal sayang ibu jangan sedih tau,” jelas Zarina.

 

 

Dalam hantaran di Wikipedia itu lagi, Azal dan abangnya turut dilabel sebagai psiko selain juga tidak pernah bersekolah.

 

Luahan Zarina mendapat sokongan rakan artis dan warganet yang meninggalkan kata-kata sokongan agar beliau terus kuat menghadapi dugaan.

 

Sumber: Kosmo!