Zarina Zainuddin Tak Rasa Poligami Sebagai Masalah Besar, “Kalau Mampu, Apa Salahnya?”

Sejak dua menjak ini, isu poligami adalah topik yang hangat diperkatakan warganet hingga mengundang pelbagai respon negatif.

 

Perkara itu turut menarik perhatian pelakon, Zarina Zainuddin yang tampil dengan satu pandangan berbeza.

zarina zainuddin tak rasa poligami sebagai masalah besar, “kalau mampu, apa salahnya?”

Menurut pemilik nama sebenar Nur Zarina Mohd Zainuddin, beliau yang kini hidup bermadu merasakan perkara itu bukanlah satu masalah besar, sebaliknya ada kebaikkan yang boleh dilihat sama.

 

Katanya, amalan poligami bukanlah satu kesalahan jika seorang suami itu mampu dari segi zahir dan batin untuk membesarkan keluarga.

 

“Pendapat saya, kalau seseorang lelaki itu berkemampuan, apa salahnya dia nak menanggung keluarga lain (keluarga isteri kedua), kerana itu juga berkongsi rezeki.

“Secara tidak langsung, lelaki tersebut mampu membina satu keluarga yang besar, seterusnya besarlah lagi keturunan dia.

“Namun poligami biarlah dengan cara yang betul. Kalau kita nak kata suami kita tu 100 peratus adil, memang takkan ada,” katanya menerusi perkongsian dalam TikTok.

 

Tambah beliau, seorang isteri haruslah reda dan memudahkan urusan suami.

 

@zarinazainuddinzz Hahaha kebetulan nama suamiku Raihan 😆😆😆##begitusukitmelupakanayahraihan ♬ Begitu syulit intan lembata - Intan Lembata

 

“Isteri kena reda, tahu tempat dia, sedar bermadu dan perlu pandai isi masa supaya terlalu fikir sangat tentang suami. Jangan memberatkan suami, perasaan suami, sakit kepala suami nak fikir pasal isteri-isterinya.

“Bagi saya, tugas suami tanggung nafkah zahir dan batin, cukup lah kita dah ada suami yang jaga kita elok-elok. Apa yang penting, kita ada individu untuk mengadu.

“Perempuan tidak perlu bermusuh sebaliknya melindungi antara satu sama lain, jangan pernah ada perasaan negatif malah bersyukur dengan kurniaan Tuhan,” ujarnya.

 

Malah, katanya lagi seorang isteri seharusnya memberi keizinan untuk suami berkahwin lagi, daripada dia melakukan perkara yang tidak baik dibelakang pengetahuan isteri.

 

@keluarga.my Lain orang, lain pandangan. Ada juga wanita yang menerima poligami. Ini pandangan dari pelakon Zarina Zainuddin. #keluarga #majalahkeluarga #zarinazainuddin #poligami #abangtesla #ndlala ♬ Powerful songs like action movie music - Tansa

 

Untuk info, Zarina Zainuddin telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Raihan Wan Jaafar, sebagai isteri kedua pada 13 Julai 1993. Mereka dikurniakan empat orang anak lelaki hasil daripada perkahwinan mereka ini.

zarina zainuddin tak rasa poligami sebagai masalah besar, “kalau mampu, apa salahnya?”

Sumber: Kosmo!