“Kepala Saya Sakit Sampai Nak Hantuk Ke Dinding,” - Zarina Zainuddin

Pelakon, Zarina Zainduddin mendedahkan kesakitan yang terpaksa dialaminya hingga menyebabkan beliau mahu menghantukkan kepada ke dinding bagi meredakan rasa sakit itu.

“kepala saya sakit sampai nak hantuk ke dinding,” - zarina zainuddin

Menurut Zarina, beliau terpaksa menjalani pembedahan hidung atas alasan perubatan kerana masalah sinus dan migrain yang teruk.

 

Menerusi perkongsian di Instagram, Zarina berkata beliau sudahpun berjumpa doktor dan menjalani pembedahan membuang bendalir di hidungnya.

 

"Saya ada masalah sinus dan migrain yang teruk sampai tidak boleh bercakap. Masalah sinus ini membuatkan saya selalu berasa sakit kepala dan berasa nak marah saja. Saya berasa sangat sakit sampai mahu membuka tudung kerana sudah tidak larat kerana kepala saya sakit sangat," katanya.

 

Oleh demikian, beliau meminta agar netizen tidak memberikan komen sesuka hati tanpa mengetahui masalah sebenar yang dihadapinya.

 

"Saya baca komen anda semua yang tak tahu menahu mengenai diri tapi menuduh saya macam-macam. Kepada mereka yang tidak tahu tapi terus 'judge' jumpa saya untuk minta maaf.

"Saya baca komen sampai asyik menangis dan lagi sakit kepala," katanya.

 

 

Ujar Zarina, anaknya Azal turut mengalami masalah sama dengannya, namun tidak sanggup untuk melakukan pembedahan sebaliknya Azal hanya diberi ubat sahaja.

 

Sumber: Instagram