Zara Zya Akui Tersinggung Terlalu Kerap Ditanya Soalan Tentang Jodoh

Pelakon, Zara Zya mengakui tersinggung apabila terlalu kerap diajukan soalan berkenaan jodoh termasuklah soal perkahwinan daripada orang ramai.

zara zya akui tersinggung terlalu kerap ditanya soalan tentang jodoh

Menurut pemilik nama sebenar Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 37, disebabkan perkara itulah beliau bertindak menjauhkan diri daripada orang ramai kerana enggan terus diajukan soalan berkaitan hal peribadi.

 

“Dua hari lalu saya menangis dalam siaran langsung TikTok sebab orang asyik bertanya hal peribadi.

“Ada beberapa soalan yang mungkin sebelum ini saya tidak peduli tetapi entah kenapa sejak akhir-akhir ini jadi sensitif sangat.

“Contohnya seperti tanya tiada orang yang hendak dekat saya ke? Tak kahwin ke? Tak laku ke? Soalan sebegitu yang sejak kebelakangan ini menyinggung perasaan saya,” katanya.

zara zya akui tersinggung terlalu kerap ditanya soalan tentang jodoh

Zara bagaimanapun menafikan yang dirinya tidak boleh menerima teguran, sebaliknya teguran yang diberikan itu haruslah dengan cara sopan dan elok didengar.

 

“Tidak tahulah kenapa, kita selalunya bangun pagi nak muhasabah diri tetapi ada yang buka mata untuk mengecam.

“Bukanlah saya tidak boleh ditegur langsung tetapi cara percakapan itu menggores hati saya.

“Saya gembira sahaja dengan hidup saya, namun apabila kerap dihakimi memang membuatkan saya sendiri trauma hendak keluar,” katanya lagi.

 

Tambah Zara, setiap kata-kata negatif yang diberikan kepadanya bukan sahaja menjejaskan kesihatan mental diri, malah membuatkan dia mula mengasingkan diri dengan orang ramai.

 

Terdahulu, pelakon ini menjadi bahan bualan ramai selepas didakwa sudah bertunang dengan seorang usahawan selepas video disarungkan cincin menjadi tular. Namun, video tersebut rupanya hanyalah gimik untuk promosi sebuah produk kecantikan.

 

Sumber: Kosmo!