Scammer Guna Identiti, Diganggu Lelaki Tak Dikenali, Zara Zya Buat Laporan Polis. “Psikonya!”

Pelakon, Zara Zya membuat laporan polis keatas dua individu berhubung isu scammer yang menggunakan identitinya di Facebook dan juga gangguan seksual dialaminya sejak beberapa bulan lalu.

scammer guna identiti, diganggu lelaki tak dikenali, zara zya buat laporan polis. “psikonya!”

Pemilik nama sebenar Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 38, berkata, beliau membuat laporan polis itu di IPD Shah Alam, pada petang Jumaat lalu.

 

“Saya telah mengambil tindakan undang-undang dengan membuat laporan polis ke atas 2 individu.

“Seorang yang terlibat menggunakan nama dan gambar saya dalam penipuan/scam pelaburan didalam talian Facebook (Kerja Kosong Ipoh 2023) baru baru ini.

“Dan laporan polis juga telah dibuat ke atas individu yang telah melakukan "sexual harrasment" ke atas saya dengan gangguan secara lisan, hantaran gambar-gambar tidak sopan dan juga panggilan yang bertubi tubi setiap malam yang mengganggu emosi saya.

“Gangguan ini berlarutan sejak beberapa bulan lepas dan menimbulkan ketakutan dan kebimbangan pada saya,” ujar pelakon itu sambil berkongsi foto dan video panggilan telefon oleh individu tidak dikenali itu.

scammer guna identiti, diganggu lelaki tak dikenali, zara zya buat laporan polis. “psikonya!”

Dalam pada itu, Zara Zya turut mengucapkan terima kasih kepada pihak polis kerana telah mengambil keterangannya dan berharap agar tindakan sewajarnya dapat diambil kepada pelaku-pelaku itu.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ZaraPrihatin (@zarazya)

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis menasihatkan beliau agar lebih berhati-hati dimasa akan datang.

scammer guna identiti, diganggu lelaki tak dikenali, zara zya buat laporan polis. “psikonya!”

Sumber: Instagram