Zainal Abidin Enggan Jawab Soalan Selain Pasal Bola, “Kalau Pasal Bola, Saya Jawab”

Bekas jurulatih bolasepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan kekal mengunci mulut daripada memberi sebarang komen mengenai kontroversi perkahwinannya bersama penyanyi, Fyna Jebat.

zainal abidin enggan jawab soalan selain pasal bola, “kalau pasal bola, saya jawab”

Sejak isu perkahwinannya bersama penyanyi itu menjadi sebutan ramai, beliau sehingga kini tidak pernah memberi sebarang kenyataan mengenainya.

 

“Maaf, kalau pasal bola saya akan jawab. Yang lain, tak mahu,” demikian menurut suami kepada Fyna Jebat ini.

adik ayda jebat mengaku kini isteri zainal abidin hassan

Terdahulu, Fyna Jebat yang juga merupakan adik kepada penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat, mengesahkan spekulasi itu namun enggan memperincikan butiran lanjut termasuk tarikh perkahwinan mereka.

 

“Terima kasih banyak-banyak, terima kasih atas komen yang baik.

“Sudah tentu dia (suami) bagi sokongan kepada karier seni saya selepas ini,” katanya.

 

Sumber: Utusan