Insiden Dua Isteri Gaduh Di Restoran, Zainal Abidin Belum Sedia Beri Komen

Baru-baru ini, tular insiden dua wanita bergaduh di sebuah restoran mamak dekat Shah Alam, yang mana kedua-dua wanita itu adalah isteri kepada bekas jurulatih bolasepak kebangsaan.

.

Insiden itu dikaitkan dengan penglibatan dua isteri Datuk Zainal Abidin Hassan dan laporan polis telah dibuat di sebuah balai polis di Shah Alam.

insiden dua isteri gaduh di restoran, zainal abidin belum sedia beri komen

Bekas ketua jurulatih kelab bola sepak Penang FC itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan belum bersedia memberi sebarang kenyataan.

 

“Maaf, saya belum bersedia nak beri sebarang kenyataan (berhubung apa yang berlaku).

“Saya sangat sibuk sekarang. Hubungi saya esok lusa, insya-Allah,” katanya.

 

Memetik laporan dari Kosmo!, bekas jurulatih itu juga terus menamatkan panggilan selain tidak membalas sebarang pesanan ringkas WhatsApp.

 

Sumber: Kosmo!