Zahirah Macwilson Akhirnya Padam Foto Bersama Gal Gadot

Pelakon, Zahirah Macwilson akhirnya bertindak memadam foto yang dipernah dimuatnaik bersama aktres antarabangsa, Gal Gadot, sebagai tanda sokongannya terhadap Palestin.

zahirah macwilson akhirnya padam foto bersama gal gadot

Menurut laporan, isteri kepada aktor Aiman Hakim Ridza ini memaklumkan dia bertindak berdiam diri selama beberapa hari yang lalu adalah kerana masalah kesihatan yang tidak berapa mengizinkan.

 

“From the river to the sea, Palestine will be free. Saya mengelak media sosial sejak minggu lalu untuk berehat dan pulihkan kesihatan, malah saya hanya keluar rumah atas tuntutan kerja.

“Saya membaca dan menyaksikan peristiwa ngeri yang berlaku di Palestin, isu tersebut terlalu menyayat hati.

“Setelah beberapa malam mendengar tragedi itu daripada suami, saya hanya mampu mendoakan ketenangan buat Palestin, cukuplah,” katanya dalam hantaran Instagram.

zahirah macwilson akhirnya padam foto bersama gal gadot

Zahirah dalam pada itu turut menyifatkan tindakan rejim zionis sebagai suatu yang tidak masuk akal kerana sanggup membunuh banyak nyawa di Palestin.

 

“Apa yang berlaku sejak 1948 sehingga kini hanya boleh digambarkan sebagai suatu tindakan yang kejam, tamak dan kempen pembunuhan beramai-ramai.

“Akibat daripada peperangan ini ramai nyawa yang tidak berdosa terkorban. Keluarga berantakan, ibu menangis untuk anak-anak mereka dan anak-anak dikorbankan,” jelasnya lanjut.

 

 

Zahirah sebelum ini pernah mendapat kecaman ramai kerana memuatnaik foto bersama bintang filem Wonder Woman, Gal Gadot ketika hadir di sebuah acara di New York, pada Mei lalu.

 

Sumber: Instagram Zahirah Macwilson