Zahirah Macwilson Kini Hamil Anak Kedua, “Tak Sabar Untuk 2024..”

Pelakon, Zahirah Macwilson telah berkongsi berita gembira apabila dirinya kini hamil anak kedua bersama suami, Aiman Hakim Ridza.

zahirah macwilson kini hamil anak kedua, “tak sabar untuk 2024..”

Pemilik nama sebenar Nur Zahirah MacWilson binti Zainol MacWilson, 28, memaklumkan berita kehamilan itu menerusi satu hantaran di Instagram.

 

“Tidak sabar untuk 2024,” tulis beliau ringkas sambil berkongsi beberapa foto selfie dirinya, dan disertakan imej ultrabunyi kandungan pada trimester pertama.

zahirah macwilson kini hamil anak kedua, “tak sabar untuk 2024..”

zahirah macwilson kini hamil anak kedua, “tak sabar untuk 2024..”

Tidak dapat dipastikan usia kandungan tersebut, namun peminat dan rakan artis rata-ratanya membanjiri ruangan komen pelakon kacukan British-Melayu ini dengan ucapan tahniah.

 

Untuk info, Zahirah dan Aiman telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Isaac Raees pada 5 Januari 2021.

 

Sumber: Instagram