Lepas Kahwin, Yusuf Bahrin Hadkan Lakon Babak Sentuh Pelakon Wanita

Pelakon, Yusuf Bahrin kini lebih berjaga-jaga dalam menjayakan sesuatu watak dan menghadkan lakonannya bersama pelakon wanita yang bukan muhrim.

lepas kahwin, yusuf bahrin hadkan lakon babak sentuh pelakon wanita

Memetik laporan, Yusuf berkata selepas berkahwin dengan penyanyi, Zizi Kirana, beliau lebih selesa untuk meletakkan had terutamanya dalam lakonan.

 

"Selepas berkahwin, saya memang lebih berjaga-jaga sebab saya perlu jaga hati isteri. Bila ada watak bersentuhan, saya hadkan.

"Sebelum kahwin, memang saya lebih terbuka, namun, masih ada batasan. Lagi pula, saya Muslim, jadi kena ada batas.

"Bila dah berkahwin, bukanlah tak ada babak bersentuhan, cumanya, bukan bersentuhan yang terang-terangan atau 'daring'," katanya.

lepas kahwin, yusuf bahrin hadkan lakon babak sentuh pelakon wanita

Sebagai alternatif, misalnya jika ada babak yang memerlukannya menyentuh pelakon wanita lain, beliau akan menarik beg tangan, baju atau jaket sebagai cara lain untuk bersentuhan.

 

Ujarnya lagi, dia akan berbincang dengan jurukamera serta pengarah fotografi bagi mendapatkan hasil yang memuaskan.

 

Sumber: HMetro