Pengarah Hormat Keputusan Yusuf Bahrin Enggan Lakon Babak Tanpa Pakaian, “Guna Alasan Takut Isteri Marah,”

Pengarah asal Korea Selatan, Lee Moon Ho, menghormati keputusan pelakon, Yusuf Bahrin, 31, untuk tidak menunjukkan auratnya ketika menjayakan babak tidak berpakaian dalam satu filem terbaharu arahannya.

pengarah hormat keputusan yusuf bahrin enggan lakon babak tanpa pakaian, “guna alasan takut isteri marah,”

Menurut Yusuf, beliau gembira apabila pengarah itu memahami batas aurat yang perlu dijaganya sebagai seorang Muslim, meskipun membawa watak utama dalam filem tersebut.

 

“Saya letakkan syarat agar tidak menunjukkan bahagian pusat hingga lutut. Saya merayu kepada penerbit agar hasrat itu disampaikan kepada pengarah dengan alasan takut isteri marah.

“Alhamdulillah syarat itu diterima sangat baik dan saya rasa sangat lega. Mereka menghormati permintaan itu dan memang hanya bahagian atas pusat sahaja yang dirakam semasa penggambaran.

“Saya faham sekiranya babak itu dikritik penonton. Saya tidak mengatakan tindakan itu betul atau salah,” katanya.

pengarah hormat keputusan yusuf bahrin enggan lakon babak tanpa pakaian, “guna alasan takut isteri marah,”

Suami kepada penyanyi, Zizi Kirana itu berkata, beliau akan memaklumkan dan meminta pendapat isteri sebelum melakonkan babak tersebut.

 

“Memang babak itu ditulis dalam skrip. Saya tidak mahu berdiam dan hanya membiarkan dia tahu sesudah filem itu ditayangkan nanti.

“Kadang saya terlupa maklumkan isteri kalau terpegang pelakon semasa melakonkan babak ketika karakter dalam keadaan marah. Zizi akan tegur saya. Tapi adegan romantis, belai-belai memang saya tak buat,” katanya lagi.

 

Sumber: Utusan Online