Dakwaan Ira Kazar Sedang Sarat Hamil, Ini Respon Datuk Yusof Haslam

Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam tampil memberikan respon mengenai dakwaan yang mengatakan menantunya, Ira Kazar kini sedang hamil.

dakwaan ira kazar sedang sarat hamil, ini respon datuk yusof haslam

Menurutnya, dia tidak mahu memberikan apa-apa komen kerana mahu menjaga hati ramai pihak terutamanya isteri, Datin Patimah.

 

“Saya tak tahu, saya tak mahu tahu. Saya tak tahu dia hamil ke, tak hamil ke wallahua’lam saya tak mahu cakap. Isteri saya dah pesan tolong jangan cakap apa-apa, you silap cakap nanti tak sedap pula.

“Saya nak jaga hati isteri saya. Syamsul anak saya dan saya nak jaga hati dia juga. Saya tak mahu hubungan kami jadi tak bagus. Saya kena jaga hati menantu saya, cucu-cucu saya dimana mereka pun dah faham dan matang,” ujar beliau.

 

Ditanya adakah beliau akan bertemu dengan menantu baharunya itu, Datuk Yusof Haslam enggan memberikan komen mengenai perkara itu.

 

@mstar.malaysia Ira Kazar dikatakan sedang hamil, Yusof Haslam enggan komen... Pilih kunci mulut konflik Syamsul kahwin dua #mstar #mstarmalaysia #irakazar #datoyusufhaslam #sembangentertaiment ♬ original sound - mStar Malaysia

 

Kredit: TikTok