“Bila Orang Tanya (Anak), Saya Selalu Jawab Kalau Ada, Ada La..” - Yuna

Yunalis Zarai atau lebih dikenali dengan nama Yuna, mengakui bahawa dia masih menanti dan berusaha untuk mempunyai anak selepas lima tahun berkahwin dengan suaminya, Adam Sinclair.

“bila orang tanya (anak), saya selalu jawab kalau ada, ada la..” - yuna

Yuna berkata bahawa walaupun soalan tersebut agak peribadi, beliau tahu ia akan ditanyakan oleh orang lain. Kata beliau, mereka masih mencuba dan tidak mempunyai rezeki lagi dalam memperoleh zuriat, selain menghargai dukungan dan doa dari para peminatnya.

 

Tambah Yuna, beliau tidak berasa terganggu atau tersinggung apabila ditanya mengenai anak atau zuriat. Baginya, beliau menganggap itu sebagai doa yang baik.

“bila orang tanya (anak), saya selalu jawab kalau ada, ada la..” - yuna

“Saya tak terlalu berfikir sangat dan kalau orang tanya pun tak tersinggung kerana sebagai artis saya dah biasa ditanya soal peribadi.

“Bila orang tanya, saya selalu jawab kalau ada, ada la dan minta doakan. Tak terasa apa pun bila orang bertanya kerana saya ambil itu sebagai doa,” ujarnya.

 

Dalam pada lain, Yuna yang menetap di Amerika Syarikat selama 12 tahun, tidak mempunyai perancangan untuk kembali ke Malaysia kecuali jika beliau sudah berkeluarga.

 

“Setakat ini belum lagi, saya masih mengusahakan banyak perkara di sana (Amerika Syarikat). Memang terfikir bila dah settle down nanti nak pulang ke Malaysia, tapi belum ada perancangan.

“Mungkin jika saya dah berkeluarga (mempunyai anak) nanti saya akan berfikir lebih untuk pulang ke Malaysia,” kongsinya.

 

Sumber: Astro Gempak