‘Raya di Rumah Dinda’ Taruhan Xpose Bersama Dina Nadzir Sempena Hari Raya Tahun Ini

Menjadi kebiasaan setiap tahun untuk Xpose mengeluarkan lagu raya tetapi sedikit berbeza pada tahun ini dimana Xpose meriliskan sebuah single raya duet bertajuk ‘Raya Di Rumah Dinda’ gandingan bersama seorang penyampai radio SINAR dan juga penyanyi wanita iaitu Dina Nadzir.

‘raya di rumah dinda’ taruhan xpose bersama dina nadzir sempena hari raya tahun ini

Ini merupakan yang pertama buat Xpose berduet dengan penyanyi wanita dan merasakan merupakan permulaan yang baik.

 

‘Raya Di Rumah Dinda’ menceritakan tentang sepasang kekasih yang meraikan raya bersama keluarga dan sahabat handai berkonsepkan lagu dan seloka. Idea ini tercetus pabila Xpose sendiri amat meminati lagu raya yang santai dan mudah untuk diikuti dengan gabungan Dina Nadzir yang sememangnya mempunyai perwatakkan ceria, menambahkan lagi kemeriahan lagu ini.

‘raya di rumah dinda’ taruhan xpose bersama dina nadzir sempena hari raya tahun ini

“Bila sebut hari raya, semua orang tidak kira tua atau muda semuanya akan gembira. Segala persengketaan juga akan dilupakan. Penyatuan dan keharmonian sesama insan tidak kira bangsa. Ini yang kami cuba ketengahkan didalam lagu ini”, kata Eppy selaku komposer dan penulis lirik.

 

Di dalam muzik video jugak akan menunjukkan kemeriahan suasana berhari raya dengan yang tersayang seiring dengan kemeriahan lagu seperti yang ditayangkan menerusi Youtube Suria Records. Jom layan sekarang!