Wujud Cubaan Lepaskan Ikan Piranha Dalam Sungai di Malaysia?

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) mengingatkan orang ramai agar tidak sekali cuba untuk melepaskan ikan tertentu atau bukan asli ke perairan negara ini.

wujud cubaan lepaskan ikan piranha dalam sungai di malaysia?

Ia termasuklah enam spesis ikan piranha yang merupakan ikan air tawar berbahaya dari Amerika Selatan dan berupaya membunuh manusia dan hidupan marin bila dalam situasi ancaman atau tertekan.

wujud cubaan lepaskan ikan piranha dalam sungai di malaysia?

Memetik infografik dari DOF, spesis ikan piranha itu adalah keluarga Genus dari jenis Serrasalmus, Serrasalmo, Pygocentrus, Catoprian, Pygopristis dan Pristobrycon. Ia dipercayai dipelihara secara haram oleh penggemar hidupan marin dan diseludup masuk dari luar ke negara ini.

 

Bagaimanapun ekoran daripada kos makanan dan penjagaan yang mahal, ikan itu kemudiannya dilepaskan ke kawasan tasik, sungai atau parit menyebabkan gangguan kepada keseimbangan biodiversiti, habitat dan juga spesis asli.

 

Tambah lagi, jika ia dilepaskan ke sungai dan perairan negara, ia akan menjadi dominan dan cepat membiak menguasai wilayah serta bersifat agresif kepada ikan asli sedia ada.

 

Lebih parah, ikan itu berpotensi membawa penyakit baharu dan punca kepada penyebaran serta penularan wabak dalam perairan domestik.

wujud cubaan lepaskan ikan piranha dalam sungai di malaysia?

Selain piranha, spesies tombot atau Genus Hypostomus yang lazim dirujuk sebagai ikan bandar raya kerana sifat suka makan alga dan membersih akuarium juga dilarang dilepaskan.

 

Turut terdapat dalam senarai itu ialah ikan kap perak (Hypophthalmichthys molitrix), kap kepala besar (Hypophthalmichthys nobilis) dan kap rumput (Ctenopharyngodon idella).

 

Antara ikan lain ialah ikan naga (Arapaima), baung ekor merah (Hemibagrus wyckioides), tilapia (Oreochromis) dan dua spesies bawal merah atau disebut pacu (Colosomma dan Mylopus).

 

Kesalahan mengimport ikan itu adalah mengikut Peraturan Perikanan, Akta Perikanan 1985 yang boleh didenda maksimum RM1,000 atau penjara tidak lebih enam tahun.

Sumber: DOF / Utusan