Wisma Jakel Shah Alam Terbakar Lagi, Libatkan Bilik Simpanan Langsir Pula

Gedung perniagaan tekstil Jakel cawangan Shah Alam di Seksyen 7 terbakar sekali lagi dalam kejadian awal pagi tadi.

wisma jakel shah alam terbakar lagi, libatkan bilik simpanan langsir pula

Menurut laporan, kejadian di bangunan itu melibatkan satu bilik simpanan kain langsir berkeluasan 30x40 kaki persegi di tingkat tiga.

wisma jakel shah alam terbakar lagi, libatkan bilik simpanan langsir pula

Pihak Bomba telah menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 12.40 tengah malam tadi, sebelum api berjaya dikawal pada jam 1.45 pagi dan dipadam sepenuhnya jam 3.07 pagi.

wisma jakel shah alam terbakar lagi, libatkan bilik simpanan langsir pula

Seramai 43 pegawai dan anggota dari enam Balai Bomba dan Penyelamat digerakkan ke lokasi bagi memadam kebakaran. Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

wisma jakel shah alam terbakar lagi, libatkan bilik simpanan langsir pula

 

 

Terdahulu, premis sama telah dilaporkan terbakar 80 peratus pada Ahad lalu, yang mana ia memusnahkan bahagian dalam bangunan. Pihak polis turut menasihatkan orang ramai agar menghormati pihak yang mengalami kerugian dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengguris hati.

 

Sumber: Astro AWANI