Ucapan Ulangtahun Perkahwinan Haqiem Rusli Buat Isteri Macam Ada ‘Hint’?

Baru-baru ini, penyanyi Haqiem Rusli telah membuat satu hantaran di Instagram sempena ulang tahun perkahwinan ke-2 bersama isterinya, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri.

 

Menerusi hantaran itu, Haqiem berkongsi foto bersama isteri dengan latar belakang Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur (KLCC).

ucapan ulangtahun perkahwinan haqiem rusli buat isteri macam ada ‘hint’?

Apa yang menarik perhatian adalah ucapan yang ditulis Haqiem, seakan-akan memberi ‘hint’ bahawa isterinya sedang hamil/

 

“Happy anniversary to my lovely wife. I like you very much. Just as you are.

Terima kasih jadi peneman setia Akem, menerima segala kelemahan suamimu ini, anda wanita yang kuat. Semoga kita kekal selama-lamanya.

“We love you Sofea,” demikian menurut kapsyen Haqiem di Instagram.

ucapan ulangtahun perkahwinan haqiem rusli buat isteri macam ada ‘hint’?

Kapsyen itu nyata mencuri perhatian peminat yang rata-rata meluahkan rasa teruja dan mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia.

 

 

Sehingga artikel ini ditulis, tiada sebarang kenyataan dibuat Haqiem atau isteri berkenaan spekulasi Anis Sofea sedang berbadan dua.

 

Sumber: Instagram