Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali akui tidak meletak sasaran untuk majlis pernikahannya dilabel sebagai Wedding Of The Year.
Katanya, dia terbuka dengan apa jua atur cara majlis perkahwinannya yang penting mengikut syarak serta tidak timbulkan sebarang kerumitan.
“Wedding of the year itu, terpulang kepada citarasa masing-masing, apa yang penting bagi Bella ialah memori pernikahan itu perlu kekal dalam dirinya.
‘Bella juga mahu kongsikan hari bahagia itu dengan peminat yang selama ini tidak henti-henti memberikan sokongan dan mendoakan terbaik buat Bella,” katanya di Jelajah Touera 2022 di Alor Setar Kedah.
Tambah Bella, dia akui ramai yang bertanyakan soalan bila untuk tamatkan status bujang.
Ini selepas rakan penyanyinya Wany Hasrita selamat diijabkabulkan dengan pasangannya yang berkerja sebagai juruterbang.
“Bella sentiasa mendoakan terbaik buat kawan-kawan agar menjalani kehidupan dengan bahagia dan teratur bersama pasangan masing-masing.
“Begitu juga dengan diri Bella, apabila jodoh itu sudah tiba, kehidupan Bella juga akan berubah ke status yang baru.
Oleh: Syahdeen